Monday, November 15, 2010

tewas

Waktu itu bukan zaman telefon bimbit. Maka jika ada tetamu ingin berjumpa pelajar, makanya pembantu guru asrama akan membuat pengumuman melalui alat pembesar suara di bilik PGA (penolong guru asrama).

...................................................................................................

Pagi, Isnin, kelas bermula. Biasanya mereka ini malas pergi kelas pagi, ponteng. Selepas rehat jam 10 barulah mereka menyertai pelajar lain ke kelas.

Hari itu hari malang mereka. Pagi lagi warden sudah naik ke asrama. Memeriksa jika ada pelajar-pelajar yang masih tidur. Huru hara jadinya. Antara mereka ada yang berjaya meloloskan diri, ada yang tidak sempat mandi, ada juga yang kantoi, ada juga yang terus menyerah.

Jam 10 pagi, rehat. Kebiasaan warden hanya meronda waktu pagi sahaja. Hari ini sudah masa rehat tetapi warden masih tercegat di laluan utama. Entah kenapa rajin pula warden bertugas hari ini. Kerajaan baru umum bonus agaknya.

Kesemua mereka yang ponteng ketika itu kebingungan. Sampai bila mahu menyorok? Tidak kena hukum mati punya kalau warden tangkap kita. Keputusan dibuat, kesemua mereka akhirnya surrender.

Cuma dua orang pelajar yang masih berdegil. Dua pelajar ini mahu bertahan.

Dua tiga kali warden membuat rondaan. Dua pelajar ini menyorok di belakang pintu bilik, adakala menyorok di bawah katil, juga di dalam toilet, tetapi belum sampai tahap masuk dalam locker.

Salah seorang pelajar mendapat akal. Dia perlu menyelinap mengikut longkang besar. Pasti warden tidak perasan.

Sementara pelajar seorang lagi tidak confident ngan taktik ala rambo itu. Dia tetap bertahan. Biarlah sampai habis kelas. Tidak makan tengahari kat dewan selera pun tidak mengapa. Raba poket dalam seluar rasanya lepas makan kat Cafe Bang Ali, getus hatinya.

Kini tinggal seorang pelajar yang masih bertahan. Dia menjenguk ke luar. Kelibat warden sudah tiada. Dia tersenyum, sudah beroleh kemenangan. Kalau nak berjaya akal kena panjang, sabar and never give up. Itu lah kunci kenjayaan.

Tidak lama kemudian, kendengaran bunyi nyaring dari corong pembesar suara. Seperti pengumunan dari bilik PGA akan dibuat.

"Assalamualaikum encik Suhaimi. Saya tahu saudara masih di asrama. Sila serah diri di lobi asrama. Sekian terima kasih." Warden.

Siutan, pelajar itu juga tewas.

9 Comments:

Blogger salman ® said...

kah kah kah.
tp katanya yg loloskan diri lalu longkang tu pun kantoi gak.

11:20 AM  
Blogger Suhaimi said...

iya betul... dia kantoi dan dia juga yang kantoikan kawan dia kat asrama tu. :)

12:12 PM  
Blogger cahaya petunjuk said...

PGA tu bukan pejabat guru asrama?

4:01 PM  
Blogger Suhaimi said...

erghk bilik yg org buat announcement tu apa kebenda namanya? :)

4:16 PM  
Blogger Juraimee said...

hahahhaha.. tak bley pakai punyer kawan!! takder semangat brotherhood lansung!!

12:58 AM  
Blogger Suhaimi said...

lu silap bro jumie.. wa respek kawan itu.. dia yg kasitau pelajar tewas itu yg dia yg beritahu warden siapa yg ada di asrama... jujur pada warden, ikhlas pada kawan dia, tiada fitnah, pembohongan sifar.

4:25 AM  
Blogger I Am The Vault Dweller said...

jom ajak minum member tuh...

12:24 PM  
Blogger Suhaimi said...

ello the vault dweller.. lu pun dulu geng kola nerang... :) bila nak ngeteh tarik?

12:18 AM  
Blogger I Am The Vault Dweller said...

hahah...ni kisah kat kola nerang kaa...aku ingatkan kisah ni kat skolah asrama. Kalau camtu, misti cikgu Nan yg spot check kann...

6:27 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home