Thursday, November 25, 2010

Satay

Saya adalah pengemar satay, sangat gemar. Nabil pun suka satay, sangat suka.

Zaman era 80an, sewaktu hari pasar malam. Ayah akan menghulurkan not seringgit apabila dia pulang kerja. Ketika itu saya akan melompat girang, terus keluar rumah, tekan lif arah anak panah ke bawah, masuk lif, tekan butang G, tiba ground floor, ting! pintu lif terbuka. Saya meluru keluar menuju gerai Pak Mat Satay. Ketika itu kalau selisih dengan Nur Khamisah pun saya bo-layan (tak layan).

Sepuluh sen secucuk, makanya seringgit dapat 10 cucuk. Zaman itu, jika nak merasa satay mahal, pergilah ke restoran SateRia. Kedai franchise yang begitu popular selain KFC. Menurut cerita dari seorang teman, satenya sedap, isinya padat, dan berkilat, kuah kacangnya juga pekat.

Saya pendamkan niat ke SateRia kerana katanya, harga secucuk satay adalah 70sen. Nak propose kat ayah pun rasa getar. Sudahnya, saya pendamkan sahaja niat itu sehinggalah SateRia tutup, bangkrap.

Baru-baru ini, saya ke suatu tempat yang sataynya marveles. Keramat AU5, kedai Sri Melaka, ramai orang yang menunggu. Bungkus atau makan disitu, semua sedang menunggu, termasuklah saya. Harga satay disitu adalah 70sen secucuk, sama harga dengan secucuk SateRia.

Kalaulah hari ini Nabil nak makan satay dan saya hulur not seringgit. Agak-agak dia melompat girang tak?

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home