Teater
Teater bukan jiwa saya. Saya memang dah rancang, jika teater ini merepek, saya akan balik, sebelum teater tamat.
Waktu itu adalah permulaan pembabitan saya dalam dunia menonton teater, tahun 2000. Kami dapat tiket percuma. Percuma kerana kami mempromosikan teater ini dalam portal kami. Teater ini adalah teater kanak-kanak. Boss saya pergi bersama keluarganya. Ada lebihan satu tiket, dan tiket itu menjadi milik saya.
Waktu itu pertama kali kaki pijak Istana Budaya (IB). Etika pakaian, tak boleh pakai selipar, tidak boleh pakai jeans, tidak boleh pakai tshirt round-neck. Saya memang rimas dengan perkara-perkara yang berprotokol.
IB waktu itu riuh-rendah. Suara kanak-kanak sana sini. Saya sendirian, tiada kawan nak ajak berborak. Ketika itu belum ada feel pada kanak-kanak. Feel hanya pada awek yang datang. Awek-awek yang ada kat sini agak ketwat, eksyen. Mentang-mentang kat IB, semuanya dressing ala-ala macam artis nak pergi music award.
Jika tidak kerana tiket percuma, memang saya kat mamak NZ bersama kawan ketika ini.
Sebelum teater dimulakan, kami diminta berdiri, diri tegak. Lagu negaraku, sebagai permulaan. Macam perhimpunan sekolah aksinya.
Apabila teater dimulakan, saya jadi terkesima. Teater ini memang mengagumkan saya. Cerita yang menarik, lagu yang sedap, fasilitinya begitu canggih. Ini bukan teater sekolah, ini teater negara. Pentasnya seakan bergerak ke sana sini, cahaya lampu berwarna warni. Semuanya terbaik!!!
Selesai teater, saya keluar dewan dengan rasa puas. Semuanya seakan sempurna pada teater ini. Cumanya, ini teater kanak-kanak. Saya tiada anak, juga isteri. Sebelum beredar, saya berazam jika teater ini diulang tayang, pasti saya akan datang bersama keluarga saya sendiri.
Siti Di Alam Fantasi.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home