Wednesday, May 07, 2008

Ibu

Pagi ini tidak ada cerita blog yang berhasil aku kutip dari langit. Awan mendung hanya memberi idea kosong. Aku cuba mencari kata-kata hebat untuk di ucap pada ibu. Malangnya, tidak kelihatan mentol idea di kepala.

...................

Hari itu aku buat hal. Ayah yang garang tiada dirumah adalah masa yang sesuai. Inilah peluang. Mood jahat datang. Aku mengamuk, dan peranan ibu memujuk. Aku rasakan pujukan ibu tidak cukup. Amukan diteruskan. Ibu buat tak layan. Aku campak segala kusyen di ruang tamu. Ibu buat tak layan. Masih tenang masak di dapur. Aku cuba sepak sesuatu agar dapat perhatian. Rumah batu tak mampu untuk aku menyepak dinding. Aku ke pintu rumah dan menyepaknya berkali-kali. Ibu masih tak layan. Aku menjerit, memekik, meraung, menangis, berlari ke sana ke mari. Ibu tak layan, masih.

Aku makin hangin. AKu kena buat sesuatu yang lebih 'daring'. Seperti dirasuk setan, entah macam mana tangan dihayun mengena dinding cermin almari. Pranggg!!!! Pecah. Alamak, aku jadi cemas. Ku toleh ibu di dapur. Sudah hilang kelibatnya. Sedikit lega. Ku toleh belakang kelihatan ibu sudah tercegat kemas. Aku terkejut. Tak pernah melihat raut wajah ibu sebegitu menyala.

"Ini yang kau nakkan... nah amik!!!".

Terasa panas dan penih terasa dibelakang. Aku jadi terkedu, takut. Tidak pernah lihat ibu sebegitu. Kesudahannya dua hari aku demam. Insaf dan taubat. Tidak mahu buat perangai lagi.

Selamat Hari Ibu, mak...

Mulianya dirimu....
Membenarkan kata² Syurga itu ditelapak kaki ibu..

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


Selamat Hari Ibu - HUJAN...

Dengarkanlah lagu, lagu ku ini, Ikhlas dari hati hanya untuk mu
Aku lah anak mu, anak mu yang selalu, Memelukmu menciummu

Memang banyak dosa yang telah ku lakukan, Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu.....
Walau ku jauh disiniku harap kau terus, Menanti kepulangan ku untuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji...

Kau tak tahu ku sentiasa bersyukur, Punyai pari-pari iaitu kamu
Ku pastikan agar kau sentiasa bahagia, Inginku nyatakan kau milik syurga

Memang banyak dosa yang telah ku lakukan, Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu.....
Walau ku jauh disiniku harap kau terus, Menanti kepulangan ku untuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji...

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Syahdu...

1:11 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home