Tuesday, May 06, 2008

Pindah : Episode Buku

Masih ingatkah kawan-kawan pada Sasbadi, Preston, Pelangi dan Fajar Bakti?

Kawan-kawan sebut sahaja penerbit buku peperiksaan SPM yang tersohor. Semua ada dalam koleksi saya. Segala Skor SPM, nota express, nota lengkap, semua sudah dimiliki.

Melihat pada buku-buku ini. Pemiliknya pasti punya keputusan SPM cemerlang. 17A1 seperti Nor Amalina.

Malangnya, mewah buku tidak menjanjikan apa-apa. Keputusan yang diperolehi hanya 'suam-suam kuku'. Apapun tetap bersyukur, kerana terukir senyuman pada pelabur buku-buku ini bila keputusan SPM dihulur.

Kini aku menarik keluar semula kesemuanya di bawah katil, mengeluarkannya di dalam almari dan juga di dalam beg-beg lama yang sarat segalanya dengan buku-buku ini.

Ini semua buku kami tujuh beradik. Entah berapa 'riban' ringgit si pelabur perlukan untuk mendapatkan buku-buku ini. Mampukah aku menjadi pelabur buku yang baik untuk Nabil n Nina kelak?

Untuk makluman, pelabur buku-buku ini hanyalah seorang pencen tentera, bukanlah tauke penerbit buku.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Mie,

Hargailah buku. Dah tahu org tua habiskan beriban-riban duit, simpan elok2. Kalau betul2 rosak, bolehlah buang.

Sayangkan buku, ilmu tuu..

1:08 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home