Thursday, October 07, 2010

Abang 2005

Kalau wa jumpa fesbuk David Teoh, inilah proposal filem wa.

Abang 2005.

Filem ini mengisahkan seorang budak yang hari-harinya hanya punya Sabtu dan Ahad bersama ayahnya. Kisah seorang budak yang ayahnya seperti ayah-ayah orang lain yang mahukan anaknya membesar sebagai johan. Johan dalam survival hidup. Kisah seorang budak yang ayahnya mahukan anaknya itu mengerti yang dunia ini luas, ada paya, ada pokok, ada sungai, ada pantai. Bermainlah hujan agar kau mengerti hujan itu pembawa rahmat. Mandilah kau di pantai agar kau nampak laut itu luas dan ombak itu tidak pernah jemu menghempas pantai. Panjatlah pokok rambutan setingginya dan jangan kau takut pada gayat bila kau melihat dibawah. Kerana mereka dibawah juga punya maruah yang sama seperti kamu. Berikanlah rambutan yang kau petik itu kepada mereka. Fahamilah jiwa binatang yang kau bela dan yang kau lihat. Kerana banyak sifat-sifat mulia yang kau boleh belajar dari sang haiwan walaupun yang kau lihat adalah sekawan babi. Makanlah kau dari hasil-hasil ikan dan sayur segar dikampung ini (Kampung Nelayan Sg Ular). Kerana segala zatnya masih berada ditahap terbaik yang tidak kau perolehi di bandar.

Banyak lagi wa nak ceritakan pasal proposal ini. Kalau full story pasal filem ini, rasanya ada setebal buku teks sejarah tingkatan 5. Mengikut survey pada masyarakat kini, wa target filem ini tak cecah boxoffice. Kalau tiada scene epilog cinta dan berkasih sayang jangan harap nak boxoffice. Tapi harapan wa agar apabila selesai menonton, penonton keluar panggung dengan tak sabar untuk berjumpa anak-anak mereka di rumah.

Amacam David Teoh, Mau massage ka?


Pantai.........


Animal Planet.......

Beskal...

5 Comments:

Blogger Zakiyah Zainon said...

rambut nabil masa ngan kura2 tu..stylo arrr...dah besaq yer abang!

12:43 PM  
Blogger Suhaimi said...

ikut trend lah kunun2..

12:45 PM  
Anonymous mamahusnajwa said...

abang ni, dah ikut muka abang sumi lah :)

4:29 PM  
Blogger salman ® said...

lagu terbaek....
ko lupa scene klise...naik keta..bukak tingkap..tangan main angin..dgn
turun keta berlari pegi pantai..ekeke

10:14 AM  
Blogger Suhaimi said...

ko agak2 aa man.. itu aku rakam sendiri jer guna henpon...

10:54 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home