Wednesday, February 09, 2011

Sungai Teku

Group kami terpecah 3. Ini trek paling panjang dalam ekspedisi panjat gunung. Mental dan fizikal diperlukan lebih dari tahap piawai. Ketika itu keadaan tidak mengizinkan kami seiringan sepasukan. Ada antara kami yang cedera, dan separa cedera. Kami perlu tiba sebelum gelap kerana bukan budaya kami trekking waktu malam dalam hutan, mara bahaya.

Makanya wa meneraju bahagian hadapan. Group hadapan perlu sampai seawal mungkin, dirikan khemah, masak air, buat air untuk group yang tiba lewat. Saya ulangi, perlu buat air untuk group yang tiba lewat.

Group kedua tiba. Mereka dilihat gembira dan keletihan. Air sudah kami masak. Air teh sudah kami sediakan. Silakan minum hidangan yang kami sediakan. Kami berbual dan berehat. Perjalanan hari ini begitu menguji ketahanan.

Group ketiga tiba. Group terakhir, ada antara mereka yang tidak boleh berjalan cepat, kaki cedera. Mereka dilihat tidak berapa gembira dan keletihan. Air teh tiada, habis, group kedua sudah selesaikan tadi.

"sern... dah sampai awal tak de masak2 air ker?"

Wa dah serba salah. Air teh dalam mess tin, kering, sudah kosong. Kami tak perasan. Yang ada cuma air Sungai Teku.

"erghk, dah habis yer... jap kitaorg masak jap" balas wa.

"kalau setakat baru nak masak air, baik tak payah sern..."

Aduh, semangat wa terus mati. Mental kami semua keletihan. Emosi manusia ada masa sukar dikawal. Wa terus beredar dari situ. Terdengar suara berbalah dalam ahli pasukan kami. Wa tinggalkan diaorang menuju ke sungai.

Sungai teku cantik. Airnya sejuk, dan dasarnya berbatu. Parasnya tidak begitu dalam, hanya takat buku lali ke lutut sahaja. Jernihnya hingga boleh nampak anak2 ikan berenang-renang.

Anis tepuk bahu wa, sedikit terkejut. Dia tersenyum.

"Kadang-kadang layan sungai lagi best dari layan emosi manusia." beritahu Anis.

Wa hanya mengangguk.

"Nanti bila kita dah ada kerja dan berkeluarga. Tekanannya lebih dari tekanan panjat gunung, lebih dari tekanan kena buat air teh. Waktu tu kau mesti teringin nak lepak kat sini lagi, kat Sungai Teku nie." Anis.

Kuala Sungai Teku, tahun 1999.

5 Comments:

Blogger I Am The Vault Dweller said...

kenapa ko xcita yg erry nak ambik mestin pastu tumpah air tuh..huhuh

10:31 PM  
Blogger Suhaimi said...

hehehehe.. selamat pengantin baru erry :)

4:05 PM  
Blogger Juraimee said...

errr...tuh bukan aku yg cakap kan sern?? ngeeeee....

miahahahahha......
kenangan btoi lah...
saat2 indah dalam hidup katanye...

miss our old folks...

11:31 PM  
Blogger Suhaimi said...

yesza... itu antara scene yg aku x leh lupa.. :)

12:29 AM  
Blogger makhluk ijau said...

apesal aku xpi ek projek nie.? hmm..

10:22 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home