Monday, March 21, 2011

Kelaput 3030

Hari ini bertarikh 30.3.3030, Hari Wanita sedunia.

Malam di daerah Kelaput begitu menyenangkan. Angin bertiup sepoi bahasa. Langitnya cantik berkerlap kerlip barangkali makhluk asing di Mars, Venus dan Jupiter sedang berpesta suka ria. Bulan sabit baru menampakkan diri. Petanda Rejab menggantikan Syaaban. Bumi kita makin indah dan bersih. Begitu berbeza ketika 1000 tahun dahulu.

Seribu tahun dulu wa disini. Wa jadikan daerah Kelaput sebagai rumah kedua wa. Waktu bujang memang surga. Tiada komitmen besar, jari-jari lebih banyak cucuk langit dari dahi menyentuh bumi.

Sedang wa mengelamun, datang tiga orang cucu kepada cucu kepada cucu cucu cucu kawan wa. Generasi ke-13 Gunx, Mann26 dan Bayerm.

“Assalamualaikum kawan kepada atok kepada atok kepada atok atok atok kami” Diaorang menyapa, serentak.

Wa menjawab salam dan mempersilakan diaorang duduk.

Waktu ini wa sedang menyucuk usb kat ibu jari. Muat turun dari rapidshare antivirus tambahan. Usia dah mencecah ribu tahun nie memang kena sentiasa kemaskini antivirus. Dr. Musa baru memuat naik antivirus tambahan semalam.

“Tok, sempena hari wanita, ceritalah kepada kami tokoh wanita negara yang hebat zaman dulu.” Pinta keturunan Gunx. Agak ramah juga keturunan Gunx nie. Tak seperti moyang kepada moyang kepada moyang moyang dia dulu. Mungkin sebab kahwin campur. Ceritanya ada keturunannya yang kahwin campur, mix Asian-African.

Keturunan kawan-kawan wa di Kelaput ini memang suka dengar cerita-cerita wa. Kalau wa tak update olok2, mulalah diaorang berkokok. “Tok, update ur blog please”. Padahal baru 3 hari lepas wa update blog wa, genap entry ke 6juta.

“Hari ini tok nak cerita pasal, free-nuclear, climate change dan green technology. Tanpa usaha wanita ini planet bumi belum tentu boleh sampai usia begini.”

“Siapa wanita itu tok?” Tanya keturunan Gunx. Keturunan Bayerm dan Mann26 seakan teruja, seperti ingin tahu.

“Wanita ini yang pertama menggelarkan dirinya sendiri First Lady of Malaysia”.

“Oooooo” serentak semua mereka meng’oooo’ kat wa.

Wa tersenyum, berjaya menarik minat mereka dan menyambung cerita......


...........
*versi mannn26
*versi gunx

5 Comments:

Blogger Unknown said...

terbaek !

8:13 AM  
Blogger Suhaimi said...

uish cergas tul kasi komen...

8:35 AM  
Blogger Unknown said...

project manager kene cergas .. ha ha ... ada tema baru utk next entry ? hah

9:45 AM  
Blogger Zakiyah Zainon said...

muahahahha

9:47 AM  
Blogger Suhaimi said...

muahahahaha jugak lah

10:00 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home