Rumah 6 Juta dan kehidupan Dato' Chumi
Korang nampak bangunan 6 tingkat kat tepi pantai tu?
Itulah rumah wa. Besar tak?
Wa kaya raya, ada duit. Wa boleh buat apa yang wa suka.
Korang tak perlu tahu kos bina rumah wa yang bernilai 6 juta itu. Takut nanti korang tuduh wa berlagak.
Pagi, permulaan kehidupan seharian. Berpagi pagi lagi sang burung meninggalkan sarang mencari makan. Embun pagi kabut menggantikan si embun jantan. Bau daun-daun basah yang bermandikan embun cukup menyegarkan.
Pagi Jumaat itu wa bersarapan bersama Nabil di roof top. Suasana open air yang wa suka. Cahaya matahari pagi membawa vitamin D terus meresap ke liang roma melepasi epidermis hingga ke sum tulang. Pandangan laut yang lepas dan indah, pandangan yang tiada batasan. Angin pagi dari laut pula begitu mengasyikkan.
Inilah rumah wa. Sewaktu wa merancang membina rumah ini, artkitek wa dari Italy yang idolnya adalah Shakespeare ada berpesan, “If fear to be tossed by waves, do not built a house by the sea shore”.
Sarapan kami hari itu agak ringkas. Wa layan telur kampung separa masak dicampur madu tualang Kuala Nerang, terbaek! Nabil pekena dua keping roti bakar bermajerin.
Pakcik Mat driver sudah menunggu di bahagian luar tingkat 2. Nabil memang bersemangat ke sekolah hari ini, kerna setiap Jumaat pakcik Mat akan menghantar Nabil menaiki kereta sukan kegemarannya. Hari-hari lain, sila naik bas putih (baca:Alphard Luxury Edition).
“Papa, nak duit belanja sekolah?” tanya Nabil setelah kami selesai bersarapan.
Wa keluarkan dompet, kad penuh sebundle, ambil satu Mastercard, serah kat Nabil, kasi gesek kat kantin sekolah nanti. Bawa kad lebih selamat dari cash money, alasannya.

Kami bersalaman, dan memilih haluan masing-masing. Nabil ke sekolah. Wa ke pejabat. Nabil naik kereta sukan. Wa naik helikopter. Kecewa dengan sistem jalanraya di bandaraya, wa pilih helikopter ke tempat kerja. Baru sebulan wa pakai helikopter. “So far ok laa, jimat minyak, service maintanance pun murah. 50k jer sebulan“.
Tint! Tint! Mesej masuk. Wa kasi keluar iPonPor. Petang ini Dato’ T ajak riadah golf kat Royal Langkawi Club House. Aik? Baru semalam YB Dato’ T kalah main golf kat Langkawi. Mungkin mahu repeat, semalam dia kalah teruk, 5 lubang.
Tiba di pejabat. Dato’ Z dan Dato’ Y sudah menunggu di luar bilik pejabat. Hari ini kami akan bincang hal projek super mega. Keuntungan dijangka mencecah rm34B untuk fasa pertama. Jam 11 pagi nanti wa ada temujanji Dato’ X. Minta jadi penaja utama untuk filem paling romantis air mata abad ini. Keuntungan dijangka rm4B.
Jadual harian memang padat. Duit masuk ke dalam akaun semakin sukar dikawal. Hari ini wa kaya, esok wa akan lagi kaya, lusa bertambah-tambah kaya.
Manakala tengaharinya wa pergi solat Jumaat. Tajuk khutbah hari itu, “Dunia, sementara. Akhirat, kekal selamanya”.
Sekian.
...........
*versi mannn26
*versi gunx

4 Comments:
takleh lawan dato' gunx..rumah ada 12 tingkat. kah kah kah.
mula2 wa nak buat 12 tingkat.. tapi bangunan tinggi2 tepi pantai orang panggil rumah api... ish jatuh standard wa nanti rumah taraf rumah api...
so, disituasi mcm nie.. minik masih sorang or ader di setiap tingkat.. hehe..
alamak angan jenin wa tak sampai tahap minik kat setiap tingkat... hehehe...
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home