Tuesday, April 05, 2011

Pengalaman Oscar Saya

Sumi bikin filem. Filem Sumi yang bernilai 6 juta, dicalonkan sebagai filem terbaik.

Paranormal, mistik, seks dan seram. Sumi bikin filem mengikut citarasa orang kita. Tak sangka filem tak memberansangkan otak ini mendapat tempat hingga ke Amerika Serikat.

Malam itu memang meriah. Cahaya lampu dari serata tempat. Warna-warni lampu bergerak-gerak. Lip lap lip lap, terus teringat lampu-lampu kaler orang kita pasang kat serambi rumah saat menjelang raya.

Kereta berhenti, pintu dibuka. Sumi turun, di karpet merah Sumi berjalan. Flash cahaya dan bunyi snap dari lensa kamera dikiri dan kanan jalan menuju ke dewan besar. Sumi berjalan dibahagian peminat. Mereka menjerit-jerit. Sumi hanya mampu senyum. Rasa bangga dalam hati. Tapi bila diamati betul-betul, mereka tak jerit nama Sumi. Siutan! Dibelakang Sumi jelitawan Megan Fox rupanya. Patutlah. Eleh, tengok secara live tak lawa pun. Lawa lagi Erra Fazira.

Sumi mengambil tempat duduk seperti diarah. Bila Sumi lalu banyak orang pandang-pandang sambil berbisik. Terasa seperti berada di Planet 51. Makhluk asing mana agaknya, orang semua berkot segak, Sumi hanya berbaju melayu lengkap bersamping keris dan bersongkok. Macam orang nak bernikah gamaknya. Orang Amerika memang pelik. Padahal Lady Gaga yang fesyen tah apa apa tak pulak diaorang rasa pelik.

Tidak jauh dari tempat duduk Sumi, kelihatan Mikel Bay dan James Cameroon sedang rancak berbual. Rancangan projek mega filem barangkali. Setakat filem gabungan Tranformer & Avatar, Sumi tak hairanlah. Sumi kalau mengabungkan trio, Shamsul Yusoff, Yusry KRU dan David Teo, sure meletup.

Masa yang dinantikan pun tiba. Pengacara Anne Hathaway dan James Fanco akan mengumumkan filem terbaik. Apabila Anne Hathaway ala-ala manja mengumumkan filem Sumi sebagai filem terbaik, suasana sunyi sepi. Tiada sokongan lansung. Tiada tepukan. Hanya ada tiga orang dalam dewan itu yang menjerit jerit sambil mengibarkan jalur gemilang.

“Malaysia boleh!!!”
“1Malaysia!!!”

Macam orang kena histeria. Mungkin itu peminat dari kelab peminat Sumi. Bila Sumi zoom in, kecikkan mata, set mode auto focus, barulah nampak rupanya peminat yang histeria itu, si Mannn26, Sgarul dan Gunx.

Sayup terdengar dalam dewan yang besar itu suara mereka menyanyi.

Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan.... lalalala ~

...........
*versi sharul
*versi gunx

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home